Wajah Suami Dikritik Netizen, Ain Edruce Akui Tidak Peduli

“Sebab Muka ‘Selenga’ Lah Saya Jatuh Cinta Dengan Dia”

Wajah Suami Dikritik Netizen, Ain Edruce Akui Tidak Peduli

Pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce, yang kini berusia 33 tahun, menegaskan bahawa dia akan terus menjadikan suaminya, Amirul Hafiz, sebagai sebahagian daripada kandungan media sosialnya walaupun tindakan tersebut mengundang kritikan dan rasa muak dari netizen.

Wajah Suami Dikritik Netizen, Ain Edruce Akui Tidak Peduli

 



Ain, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, berpendapat bahawa perkongsian tentang kehidupan seharian bersama suaminya bukan sahaja menjadi punca rezeki tetapi juga cara terbaik untuk menyimpan kenangan manis bersama insan tersayang.

“Sosial media adalah tempat untuk saya simpan kenangan kalau satu hari nanti saya hendak tengok balik. Kalau kita simpan dalam galeri telefon pintar, kita takkan tengok sebab ada beratus-ratus gambar. Atau mungkin kita akan terpadam gambar atau video. Jadi, media sosial tempat paling sesuai untuk simpan semua memori,” ujar Ain dengan yakin.

Dia menambah bahawa sama ada netizen suka atau tidak, dia akan terus memuat naik kandungan yang melibatkan suaminya kerana selain menjadi sumber rezeki, kandungan tersebut juga melibatkan anak mereka yang disayangi.



Ketika ditanya sama ada dia berkecil hati dengan kritikan netizen yang mempersendakan wajah suaminya, Ain yang juga pengacara program Melodi menegaskan bahawa dia enggan melayan provokasi yang cuba memancing emosinya.

“Untuk mereka yang kata muka suami saya ‘selenga’, saya tidak terasa hati sebab muka dia memang macam itu pun. Tidak adalah sebelum kahwin muka dia lain, selepas kahwin jadi lain. Saya kahwin dengan dia sebab muka dia seperti itu. Sebab muka ‘selenga’ dia lah saya jatuh cinta dengan dia.

“Untuk netizen, saya bagi amaran, kalau tidak suka, bosan atau menyampah, dipersilakan ‘scroll’… Saya tak kisah. Ada juga yang terhibur dengan kandungan saya,” katanya dengan tegas.



Ain Edruce bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya tetapi juga kerana keterbukaannya dalam berkongsi kehidupan peribadi dengan peminat.

Dia percaya bahawa kehidupan peribadi yang dikongsikan secara tulus di media sosial dapat memberi inspirasi dan hiburan kepada pengikutnya.

“Saya percaya bahawa kehidupan peribadi yang kita kongsi boleh menjadi inspirasi dan hiburan kepada orang lain. Bagi saya, ia adalah cara untuk mendekatkan diri dengan peminat dan menunjukkan sisi sebenar kehidupan saya yang mungkin tidak semua orang tahu,” jelasnya.

Wajah Suami Dikritik Netizen, Ain Edruce Akui Tidak Peduli

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button