1,200 pengusaha bas pekerja rayu diberi diesel bersubsidi

Oleh – Syeikh Baran


1,200 pengusaha bas pekerja rayu diberi diesel bersubsidi
Soo Mee (tengah) menunjukkan surat permohonan itu bersama pengusaha bas pekerja di Kota Kemuning, Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan kemasukan sektor itu dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga minyak diesel mulai Isnin lalu.

Golongan itu kini terbeban kerana terikat dengan kontrak kilang antara satu hingga tiga tahun bagi khidmat pengangkutan tersebut.



Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Pekerja Malaysia, Jackie Chew Soo Mee berkata, pengusaha tidak boleh sewenangnya menaikkan harga tambang kerana ikatan kontrak lama dengan pihak kilang.

Jelas beliau, keadaan itu jelas memberi tekanan kepada mereka yang perlu mengeluarkan modal sendiri bagi menampung kenaikan harga diesel.

“Pengusaha sebelum ini mengeluarkan belanja diesel sebanyak RM3,500, namun kini mencecah RM5,000 sebulan tidak termasuk servis dan penukaran alat ganti kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Kota Kemuning di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama lebih 200 pengusaha bas pekerja di seluruh negara berkumpul bagi menyatakan rayuan mengenai isu tersebut.



Tambah Jackie, pihaknya sudah menyerahkan surat permohonan kepada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan pada 6 Jun lalu namun belum menerima sebarang maklum balas.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button