Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat

Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat

Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat

 

PPBM akan menyerahkan notis kekosongan enam kerusi parlimen dan satu kerusi DUN kepada speaker Dewan Rakyat dan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Demikian menurut kata presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, selepas mesyuarat tertinggi Perikatan Nasional (PN) semalam.



Bagaimana pun katanya sebelum notis itu dihantar, PPBM akan memaklumkan terlebih dahulu perkara itu kepada kesemua wakil rakyat berkenaan.

Maksudnya masih ada lagi usaha pujukan dan rayuan.

Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.

Apabila Muhyiddin masih lagi memberi peluang kepada 7 wakil rakyat berkenaan, ini menunjukkan PPBM sebenarnya tidak yakin akan berlaku kekosongan ke atas kerusi-kerusi tersebut walaupun diberikan notis kekosongan.



Speaker akan memutuskan kedudukan mereka nanti.

Beradasarkan kepada kuasa mutlak yang ada kepada speaker, kedudukan mereka itu tidak akan terjejas.

Atas alasan mereka memenangi kerusi itu atas tiket parti yang memberikan kebenaran kepada mereka sebelum pindaan parti diadakan.

Kalau speaker ingin bertimbang rasa, dia akan membiarkan ketujuh wakil rakyat itu membawa kes mereka ke mahkamah menentukan kedudukan mereka.



Berdasarkan kepada percedent,yang berlaku sebelum ini perlembagaan persekutuan dan negeri menjamin keadilan buat mereka.

Maka kerusi itu tidak menjadi kosong secara automatik.

Perlembagaan parti tidak akan dapat mengatasi perlembagaan persekutuan dan negeri.

Ketujuh-tujuh wakil rakyat yang berani bertindak menyokong perdana menteri tidak akan mengalami masalah dengan kedudukan mereka.



Jangan terkejut apabila selepas mereka diistyharkan selamat, ada lagi wakil rakyat PN dari PPBM dan 2 daripada PAS akan mengikut langkah mereka.

 

Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button