LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?

 

Sebelum ini penulis ada menyiarkan artikel mengenai skandal kartel, Joint Management Body ( JMB), yang cuba mengawal badan perwakilan penduduk perumahan strata mewah, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC).

Secara ringkasnya, kartel tersebut cuba mengawal JMC supaya semua kerja penyelenggaraan perumahan strata mewah tersebut dimonopoli proksi mereka.



Apabila aduan dibuat kepada Suruhanjaya Bangunan (COB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas beberapa pemberian kontrak yang mencurigakan, pegawai khas Ahli Parlimen DAP Kepong akan hadir menjadi konsultan mempertahankan Bendahari JMB yang dikatakan proksi kartel tersebut.

Selepas lapuran dibuat oleh JMC, pihak SPRM telah membuka kertas siasatan berdasarkan lapuran yang dilakukan.

“SPRM menerima aduan daripada penduduk sebuah kawasan di Damansara pada hujung Mei lepas.”

“Ia mengenai dana kutipan pengurusan dan penyelenggaraan oleh pihak JMC itu yang dipercayai telah diseleweng.”



“Hasil siasatan awal mendapati ada asas disyaki berlakunya perkara tersebut.”

“Ia berdasarkan laporan berkaitan kos guaman oleh pihak JMC berkenaan yang tidak diisytiharkan sepenuhnya.”

“Sehubungan itu, SPRM telah melancarkan satu operasi pada 4 Jun lepas.”

“Pihak yang disyaki terlibat telah ditahan dan direman bagi maksud siasatan kerana beliau merupakan antara suspek utama.”



“Fokus siasatan adalah di bawah Akta SPRM 2009 serta pecah amanah,” jelas kenyataan dari SPRM.

LFL Mahu Pertahankan Kedaulatan Undang Undang Atau Penjenayah?

 

Kenyataan SPRM itu adalah sebagai respon kepada sidang media yang dibuat oleh kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL).

LFL mengecam SPRM kerana menahan dan mengganggu dua peguam yang bertindak untuk anak guam mereka berhubung pertikaian harta.



Kedua-dua peguam tersebut adalah Lai Chee Hoe dan Irwin Lo.

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi (1)

Siapa Lai Chee Hoe?

Beliau adalah peguam kepada kartel JMB dan dalam masa yang sama beliau juga telah dilantik sebagai peguam JMC.



Timbul persoalan selaku peguam apakah Lai Chee Hoe berpihak kepada JMC atau khianat memilih kartel JMB.

Soalan kepada LFL, bolehkah peguam yang sama mewakili plaintif dan defendan dalam kes yang sama?

Bagaimana pula dengan kenyataan SPRM bahawa Lai Chee Hoe adalah suspek utama?

 



LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button