Pemandu bas tua kena saman dua kali selang 20 minit

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu bas tua kena saman dua kali selang 20 minit
Stien (tengah) memeriksa dokumen seorang pemandu bas pada Ops Khas Hari Raya Aidiladha di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Seorang pemandu bas ekspres warga emas tidak serik apabila dua kali dikompaun kerana melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam perjalanan membawa 30 penumpang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Ops Khas Hari Raya Aidiladha di dua lokasi berasingan iaitu di lampu isyarat Taman Wira, Mergong di Alor Setar dan Kilometer 43.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, juga di Alor Setar.



Pengarah JPJ negeri, Stien Van Lutam berkata, pemandu terbabit dikesan melakukan kesalahan pertama iaitu menggunakan telefon bimbit di lampu isyarat tersebut kira-kira pukul 8.45 pagi.

Katanya, individu sama sekali lagi dikesan melanggar undang-undang jalan raya dengan mengambil penumpang serta barangan di tepi lebuh raya pada pukul 9.06 pagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button