Pemuda bunuh bapa saudara guna gunting

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda bunuh bapa saudara guna gunting
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret untuk pertuduhan kerana membunuh bapa saudaranya.

Seorang pemuda berdepan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan selepas didakwa atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya dengan cara menikam mangsa menggunakan sebilah gunting.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Khairulnizam Abdullah, 27, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi hari ini.



Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 Julai ini.

Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin sehingga sebutan semula kes itu.

Tertuduh didakwa membunuh mangsa berusia 55 tahun di sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Jalan Batu Kitang, di sini pada pukul 8.30 hingga 8.50 malam, 3 Jun lalu dengan menikam menggunakan dua gunting yang dileraikan.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di dada kanan, tangan kiri dan belakang badan.



Kejadian berlaku selepas tertuduh yang berada di bawah pengaruh dadah berang selepas ditegur mangsa kerana membuat bising di belakang rumah.

Akibat tikaman itu, mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tertuduh yang juga penganggur mempunyai rekod jenayah atas kesalahan mencederakan ibunya selain terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintndan Arman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button