Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu ‘kerja online’

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu ‘kerja online’
Gambar Hiasan

Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM733,597 apabila terpedaya dengan satu tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang berusia 57 tahun itu, semalam.



Katanya, mangsa mula berkomunikasi dengan sindiket itu menerusi aplikasi Messenger sebelum menggunakan Whatsapp, pada bulan April lalu.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan telah berdaftar di laman web yang diberikan untuk melaksanakan tugasan yang diberi iaitu dengan membuat pembelian barangan kosmetik dan sukan.

“Mangsa mengikuti semua arahan diberi termasuk membuat bayaran ke akaun bank sehingga berjumlah RM267,000 sebelum dimaklumkan telah berjaya membuat keuntungan sebanyak RM70,000.

“Mangsa kemudian syak dirinya ditipu kerana walaupun telah mengeluarkan banyak wang, tetapi dia tidak menerima sebarang pulangan sama ada wang pokok mahupun keuntungan yang dikatakan berjaya dijana,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button