Penyebaran fakta siasatan: Peguam sahkan keluarga Zayn Rayyan sudah buat laporan polis

Oleh – Syeikh Baran


Penyebaran fakta siasatan: Peguam sahkan keluarga Zayn Rayyan sudah buat laporan polis
Peguam Fahmi Abd Moin

Keluarga kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah selesai membuat laporan polis berhubung penyebaran fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak itu yang tersebar di media sosial.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili keluarga Zayn Rayyan ketika dihubungi di sini mengesahkan perkara itu.



Dalam perkongsiannya mengenai perkara tersebut, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Sungai Buloh kira-kira pukul 6.49 petang tadi yang mana laporan itu dibuat oleh salah seorang ahli keluarga bapa Zayn Rayyan.

Bagaimanapun kandungan mengenai laporan itu tidak boleh didedahkan.

Sebelum ini peguam itu mengesahkan ahli keluarga Zayn Rayyan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran fakta itu.

Terdahulu polis akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan di media sosial semalam.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button