‘Umur baru 12 tahun sudah terjebak persundalan’

Oleh – Syeikh Baran


‘Umur baru 12 tahun sudah terjebak persundalan’
Gambar Hiasan

Dua gadis tempatan bawah umur berusia 12 dan 17 tahun, antara lima individu yang ditahan di Kajang pada 6 Jun lalu kerana disyaki menggunakan media sosial untuk mempromosi dan terlibat dalam aktiviti persundalan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain mereka, dalangnya, seorang wanita berusia 27 tahun dikenali sebagai ‘Miza Ozawa’ serta dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 20 dan 26 tahun.



Katanya, semakan ke atas dalang mendapati suspek utama itu pernah disabitkan kesalahan lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang ibunya.

“Siasatan awal menunjukkan selain menjual produk seks tidak berdaftar dalam talian, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Dalang dan dua warga Indonesia itu turut bertindak sebagai ‘pelakon’ dalam rakaman video lucah yang dihasilkan sendiri dan dijual kepada pelanggan mereka.

“Dua remaja yang ditahan itu juga bertindak sebagai pembantu kepada dalang selain menjadi pembantu teknikal rakaman video seks,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.



Menurut Mohd Shuhaily, siasatan turut mendapati kumpulan itu mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kegiatan pelacuran dan penjualan produk seks.

“Bagi setiap video lucah yang dihasilkan boleh dibeli dengan harga RM450 hingga RM550. Mereka ini menjual ubat-ubatan, produk dan dalam video lucah itu mereka akan menawarkan aktiviti seksual bersama pelanggan.

“Video lucah yang dihasilkan adalah mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.

Ujarnya, dalam serbuan terbabit pihaknya merampas wang tunai RM30,000, komputer riba dan pelbagai jenis telefon bimbit.



“Mereka ini dibenar reman selama 14 hari bermula 20 Jun bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372(1)(e), Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button