Wanita tanggal pakaian, berang didenda

Oleh – Syeikh Baran


Wanita tanggal pakaian, berang didenda
Thuytrang Nguyen melucutkan pakaian sebagai tanda protes dia didenda kerana tinggal melebihi tempoh di Filipina -ViralPress

Seorang wanita melucutkan pakaian di sebuah lapangan terbang di Filipina sebagai tanda protes dia didenda kerana tinggal melebihi masa, lapor berita New York Post kelmarin.

Thuytrang Nguyen, 34, didenda oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Ninoy Aquino bulan lalu.



Penumpang itu yang marah, bertindak memasuki tandas awam sebelum keluar tanpa seurat benang.

Dia berjalan di ruang sekitarnya dan menuju ke kaunter imigresen.

Kakitangan lapangan terbang terkejut dengan tindakan wanita tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengawal keselamatan  berjaya menghalang dan menenangkan wanita tersebut. Mereka memberinya makanan dan minuman.

Polis mengesahkan bahawa penumpang bogel itu didenda kerana tinggal lebih masa di Filipina.



Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan Keselamatan dan Kecemasan, Manuel Sequitin berkata, Nguyen  tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Tagalog dan Inggeris.

“Dia hanya tahu bahasa Vietnam, jadi kami menggunakan aplikasi Google Translate untuk berkomunikasi dengannya,” kata Sequitin.

Media tempatan melaporkan, Nguyen akhirnya dibenarkan menaiki penerbangan pulang ke Hanoi pada 9 Mei lepas selepas membayar denda. – AGENSI
 
Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button