Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita [VIDEO]

Idam KJ Sebagai Tetamu Musim Kedua

Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita [VIDEO]

Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita [VIDEO]

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan kini sedang mengendalikan podcast ‘Ruang Terbuka’ yang mengundang selebriti dan pempengaruh sebagai tetamu.

Perkongsian yang bermanfaat

Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita [VIDEO]



Ketika ditemui OhBulan! Adriana berkata dia mahu menjadikan Ruang Terbuka sebagai platform selamat buat semua individu untuk berkongsi kisah mereka.

Saya mahu Ruang Terbuka menjadi tempat semua orang selesa untuk berkongsi cerita mereka, tidak kira siapa pun mereka.

Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pandangan dan cerita, saya mahu podcast ini menjadi satu ‘safe space’ untuk semua orang berkongsi apa yang mereka rasa dan alami.

Dalam pada itu, meskipun terdapat lambakan podcast di negara ini namun pelakon drama Suri Hati tersebut optimis dan yakin bahawa ianya adalah satu perkembangan yang sihat terutama buat para pendengar.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

Walaupun dah banyak podcasters lain tetapi bagi saya ini adalah perkara yang bagus sebab orang akan ada pilihan untuk tengok yang mana satu.

Musim pertama kita dah ada ramai selebriti dan pempengaruh, jadi untuk musim kedua nanti saya nak berikan ‘spotlight’ kepada orang biasa pula.



Adriana berkata demikian pada sebuah majlis memperkenalkan podcast Ruang Terbuka yang diadakan di Damansara baru-baru ini.

Bercerita lanjut, pengacara berusia 29 tahun itu kemudian menyatakan hasratnya untuk mengundang bekas Menteri Kesihatan dan penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaludin sebagai salah seorang tetamu bagi musim yang akan datang.

Untuk musim kedua, saya nak undang KJ sebagai tetamu. Saya dah lama teringin nak berborak dan bertanyakan soalan tentang transisinya daripada ahli politik kepada seorang selebriti dan pempengaruh.

Saya tahu KJ ada podcast kendaliannya bersama Shahril Hamdan iaitu Keluar Sekejap, mana tahu boleh featuring kan? Kita gabungkan pasti menarik.



Dalam perkembangan lain, anak kepada pengacara Zamzarina Zambri itu memaklumkan akan memasuki ke set penggambaran drama tidak lama lagi selain mempunyai dua filem yang sedang menunggu tarikh tayangan.

Projek terbaharu saya ialah megadrama yang akan mula penggambaran bulan hadapan dan memegang watak antagonis.

Saya ada terlibat dalam dua lagi filem yang sudah selesai penggambaran tetapi belum ditayangkan lagi. Keduanya bergenre seram.

Untuk info, musim pertama Ruang Terbuka telah memulakan siarannya pada Mac lalu menerusi platform YouTube dan Spotify.



Podcast itu menampilkan beberapa orang selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Liyana Jasmay, Aizat, Hawa Ridzwana, Ahirine Ahirudin, Ceddy Ang, Syamimia dan Cikgu Zizi Kirana.

Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button