Euro 2024: ‘Gandingan emas’ Serbia sedia jerat England

Euro 2024: ‘Gandingan emas’ Serbia sedia jerat England

Euro 2024: ‘Gandingan emas’ Serbia sedia jerat England
VLAHOVIC (kanan) dan Mitrovic bakal menjadi sandaran Serbia untuk merobek gawag England awal pagi esok. – AFP

SCHALKE – Pengendali Serbia, Dragan Stojkovic mengharapkan ‘gandingan emas’ di posisi serangan, Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic dapat menyerlah menjelang aksi pertama Kumpulan C menentang England di Veltins Arena awal pagi esok.

Menurut Stojkovic, kehadiran kedua-dua penggempur itu cukup penting untuk pasukan dalam usaha merobek gawang Three Lions terutama Mitrovic yang memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa.

“Saya rasa kedua-dua pemain ini memiliki kelebihan dan keunikan tersendiri. Mitrovic kita tahu dia ada pengalaman yang cukup luas dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini bermain di Liga Pro Arab Saudi.



“Dia (Mitrovic) adalah seorang penyerang yang kita boleh berikan sandaran untuk menjaringkan gol pada bila-bila masa dan harap dia mampu membantu pasukan melakar kejutan ke atas England nanti.

“Bagi Vlahovic pula, saya rasa dia penyerang muda yang paling berbakat di Eropah kerana baru berusia 24 tahun. Namun, prestasi konsisten sejak beberapa musim lepas bersama Juventus membuktikan dia bersedia untuk beraksi di peringkat tertinggi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




Sementara itu, Stojkovic mengakui pasukannya tidak akan berpuas hati apabila sekadar bermain di peringkat kumpulan sebaliknya berusaha untuk melangkah lebih jauh pada edisi kali ini.

“Kami telah mengharungi aksi kelayakan dengan cukup bergaya. Meskipun sasaran yang diletakkan oleh pihak persatuan sudah berjaya yang mana kita layak ke pusingan akhir, namun saya pasti pasukan mahu memandang lebih jauh pada Euro kali ini,” katanya. – AGENSI16

Euro 2024: ‘Gandingan emas’ Serbia sedia jerat England

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button