Imam masjid tiada lesen bawa isteri naik Mercedes ‘roadtax’ mati

Imam masjid tiada lesen bawa isteri naik Mercedes ‘roadtax’ mati

Imam masjid tiada lesen bawa isteri naik Mercedes ‘roadtax’ mati
Muhammad Kifli (dua dari kiri) memeriksa sebuah kereta jenis Mercedes yang dipandu seorang imam semasa Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang imam di sebuah masjid ditahan selepas didapati memandu kereta tanpa lesen semasa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan sekatan jalan raya sempena Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Jalan Kuala Krai, di sini malam tadi.

Imam yang berusia 43 tahun itu dicekup bersama isteri berusia 39 tahun ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada membeli dakwat mesin pencetak untuk membuat fotokopi teks khutbah Hari Raya Aidiladha yang akan dibacakan di masjid esok.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, imam berkenaan mengakui tidak pernah memiliki lesen memandu secara sah ketika dia ditahan.



Menurutnya, selain itu, lelaki tersebut turut mengakui cukai jalan kereta jenis Mercedes milik isterinya itu juga sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu.

“Susulan daripada itu, JPJ menyita kereta tersebut dan mengeluarkan notis saman kepada imam berkrnaan kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Akademi JPJ Malaysia Wilayah Timur, di sini malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




Katanya, dia terpaksa memandu kereta dari Peringat ke bandar Kota Bharu untuk membeli dakwat fotokopi bagi mencetak teks khutbah Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Imam masjid tiada lesen bawa isteri naik Mercedes ‘roadtax’ mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button