Lelaki maut, kereta dipandu bertembung pacuan empat roda

Lelaki maut, kereta dipandu bertembung pacuan empat roda

Lelaki maut, kereta dipandu bertembung pacuan empat roda
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO IHSAN JBPM

Tuaran: Lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung pacuan empat roda di Jambatan Batangan berhampiran CKS Supermarket di sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 6.40 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun yang memandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala serta anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.44 pagi.



Katanya, seramai sepuluh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dihubungi.

Menurutnya, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu Toyota Hilux berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi,” katanya.



Lelaki maut, kereta dipandu bertembung pacuan empat roda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button