Termenung selepas bunuh ibu

Termenung selepas bunuh ibu

Termenung selepas bunuh ibu
Mayat mangsa dibawa ke Unif Forensik Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

GEORGE TOWN – Lelaki yang bertindak menikam leher ibunya hingga maut dengan menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau di sini, petang semalam akan direman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek yang merupakan pesakit mental akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis akan mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret pagi ini.



“Motif pembunuhan sedang dijalankan dan ketika kejadian hanya suspek dan mangsa yang merupakan seorang warga emas sahaja berada di dalam rumah berkenaan.

“Suspek semasa ditahan di bahagian ruang tamu rumah dilihat hanya termenung manakala mayat ibunya berada di dalam bilik tidur,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, mangsa ditemui maut di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah pada leher, kira-kira pukul 5 petang.

Kejadian tersebut dimaklumkan sendiri oleh suspek kepada abang sulungnya sebelum menghubungi pihak polis.

Penahanan ke atas suspek berusia 40 tahun dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, pada petang kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Termenung selepas bunuh ibu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button