Trio recurve wanita ke Olimpik Paris
Trio recurve wanita ke Olimpik Paris
IMPIAN skuad memanah wanita negara untuk melangkah ke Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi kenyataan apabila trio recurve negara meraih perak sekali gus menempah slot ke temasya terbesar dunia itu bulan depan.
Gandingan Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh itu menampilkan aksi cukup baik pada Kejohanan Kelayakan Memanah Akhir di Antalya, Turkiye.
Pemanah muda negara itu tampil cemerlang apabila mengatasi Vietnam dengan keputusan 5-3 sebelum berjaya menyingkirkan pasukan Colombia dengan keputusan 6-0.
Momentum cemerlang itu diteruskan di pentas separuh akhir apabila mereka kemudian berjaya menyekat trio Great Britain yang diwakili, Megan Havers, Bryony Pitman dan Penny Healey dengan kemenangan 5-3.
Bagaimanapun, trio negara terpaksa akur dengan kehebatan pemanah dari China iaitu Yang Xiaolei, Li Jiaman dan An Qixuan yang menang 5-4 pada final, sekali gus menyaksikan Malaysia membawa pulang perak acara recurve berpasukan wanita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar
- Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?
- Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah?
“Secara jujurnya kami tidak meletakkan tahap yang terlalu tinggi di kejohanan ini dan tidak menjangkakan mampu untuk melangkah ke Sukan Olimpik.
“Bagaimanapun, kami satu pasukan telah melakukan persiapan dengan menjalani latihan denan baik dan kami telah memberikan yang terbaik di pentas ini,” katanya.
Terdahulu, Ariana sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris dalam acara recurve wanita individu, selepas memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, November pada tahun lepas.
Trio recurve wanita ke Olimpik Paris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.