Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!

Netizen ‘Seriau’ Lihat Kegatalan Anaknya

Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!

Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!

Sebelum ini pelakon Yana Samsudin menzahirkan rasa syukur setelah selamat melahirkan anak ketiga walaupun berdepan dengan fasa hormon yang tidak stabil dan darah tinggi.

Memaklumkan Kelahiran Anak Ke 3

via Instagram Yana Samsudin

Berita mengenai kelahiran anaknya itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya pada Januari lepas.



Yana juga turut berkongsi mengenai pengalaman bersalin dengan memaklumkan keadaan tekanan darahnya yang masih tidak stabil dan hormonya yang kacau bilau.

Malah dia juga turut terharu apabila suaminya Fadzil Zahari membuat kejutan dengan membawakan ke satu pusat penjagaan buat ibu bersalin.

Terbaru Yana ada memuat naik satu video di Instagram miliknya mengenai keadaan anaknya.

Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!
via Instagram Yana Samsudin
Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!
via Instagram Yana Samsudin

Dalam video tersebut, Yana ada menunjukkan keadaan anaknya yang berdarah agak banyak dibahagian leher disebabkan kegatalan



Ya Allah… di garunya leher sampai luka camni… kuku dah kerap potong … tapi jadi jugak.. tapi bukan eczema tau.

Krim leher gatal dah macam-macam dah cuba tak ngam ngan Hakeem, anak korang penah jadi camni tak?

Yana juga memaklumkan bahawa meskipun kuku anaknya itu sudah dipotong pendek, tetapi anaknya itu tetap menggaru sehingga berlakunya pendarahan.

Melihat diruangan komen, netizen juga turut takut dan ‘seram’ melihat keadaan anak Yana itu.



Malah, netizen juga turut berkongsikan beberapa petua bagi mengurangkan dan menghilangkan kegatalan yang dialami oleh anak Yana itu.

Semoga cepat sembuh!

Video Muat Naik Yana Samsudin Jadi Perhatian!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button