2 remaja bersahabat maut, tak sempat beli barang di Kuala Berang

2 remaja bersahabat maut, tak sempat beli barang di Kuala Berang

2 remaja bersahabat maut, tak sempat beli barang di Kuala Berang
Lokasi nahas mengorbankan dua remaja di Kilometer 4 Jalan Kampung Gaong-Kuala Pueh-Empangan Jenagor, dekat Kampung Pauh, Kuala Berang. – Foto PDRM

KUALA BERANG: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, di sini, maut apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 4 Jalan Kampung Gaong-Kuala Pueh-Empangan Jenagor, dekat Kampung Pauh.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang semalam, pembonceng motosikal Yamaha NVX itu, Mohd Faris Mohd Zulkilfi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Rakannya yang menunggang motosikal, Muhamad Darwish Ezariff Mohd Khairul Azuan,16, meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) susulan kecederaan pada bahagian kepala, dada dan tangan.



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, berkata kejadian dipercayai ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari rumah di Kampung Lerek menghala Kuala Berang untuk membeli barang.

Beliau memaklumkan, penunggang yang cedera turut dibawa ke hospital sama, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987, ” katanya.

2 remaja bersahabat maut, tak sempat beli barang di Kuala Berang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button