Akauntan rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham

Akauntan rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham

Akauntan rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham
Akauntan rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang juga akauntan mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata lelaki berusia 75 tahun itu membuat laporan polis, semalam selepas percaya dirinya ditipu suspek dan mengalami kerugian berjumlah RM2,276,000.

“Menurut mangsa, pada 19 Disember tahun lalu, ketika berada di rumah, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang mengiklankan berkaitan pelaburan dalam pembelian saham.



“Mesej itu memberi penerangan berkenaan cara melabur dan menjanjikan keuntungan lumayan, mudah dan dalam masa yang singkat.

“Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi yang diarahkan serta mendaftar akaun di aplikasi itu bagi memantau pelaburannya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




Beliau berkata, mangsa kemudian memulakan pelaburan pada Mei dan Jun lalu dengan memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek sehingga berjumlah RM2,276,000.

Katanya, mangsa melihat status pelaburannya di aplikasi yang diberikan dan mendapati ia mencatatkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta.

“Teruja dengan keuntungan yang dipaparkan, mangsa memutuskan untuk mengeluarkan wang keuntungan yang diperolehi.

“Bagaimanapun, suspek mengarahkan mangsa membayar komisen berjumlah RM1.6 juta dan mangsa tidak membuat bayaran berkenaan kerana mengesyaki ditipu,” katanya.

Menurut Kumar, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Akauntan rugi lebih RM2.2 juta ditipu pelaburan saham

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button