Bot panjang karam, 2 dikhuatiri lemas
Bot panjang karam, 2 dikhuatiri lemas
BELAGA: Dua pekerja sebuah syarikat kontraktor dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang selepas bot panjang dinaiki mereka karam di Sungai Rejang, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 4 petang tadi dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama tiga lagi penumpang bersiar-siar di sekitar Jeram Menjawah dengan menggunakan bot sewa itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata dua mangsa itu dikenali sebagai Balavishnu Permaloo, 36, dan Rhuban Apparoo, 30, dari Padang Serai, Kedah.
Berdasarkan maklumat awal diperoleh, katanya, bot itu membawa lima penumpang terbabit bersiar-siar di sekitar kawasan jeram berkenaan, sebelum karam akibat arus deras.
“Tiga lagi mangsa yang turut menaiki bot sama bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh jurumudi bot,” katanya.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.33 petang.
Pasukan kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik pencarian di permukaan air tetapi mangsa belum ditemui, setakat ini.
“Atas faktor keselamatan, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung semula, esok,” katanya.
Bot panjang karam, 2 dikhuatiri lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.