Operasi cari nenek, cucu hilang di Bukit Buluh Telur bersambung
Operasi cari nenek, cucu hilang di Bukit Buluh Telur bersambung
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita 62 tahun bersama cucu perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang, dipercayai tersesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, diteruskan pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata operasi yang ditangguhkan pada jam 7.20 malam tadi, disambung jam 8.30 pagi ini.
“Setakat ini, kedua-dua individu itu masih belum dijumpai,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan JBPM Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.12 petang semalam sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi.
Menurut laporan awal, wanita dan cucunya itu dipercayai ke kebun durian mereka sebelum wanita warga emas berkenaan menghubungi anak sulungnya kira-kira jam 12 tengah hari untuk memaklumkan mereka sesat.
Anak mangsa kemudian membuat laporan kehilangan ahli keluarganya pada jam 3 petang.
Operasi cari nenek, cucu hilang di Bukit Buluh Telur bersambung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.