Pemandu maut dirempuh selepas keluar dari kenderaan terbabit kemalangan

Pemandu maut dirempuh selepas keluar dari kenderaan terbabit kemalangan

Pemandu maut dirempuh selepas keluar dari kenderaan terbabit kemalangan
Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 35 Jalan Lahad Datu-Sandakan, hari ini. – Foto ihsan polis

LAHAD DATU: Ajal sudah tiba. Selepas terselamat dan keluar dari kenderaan dipandunya yang terbabit kemalangan, seorang lelaki maut apabila dirempuh pula oleh kenderaan lain di lokasi sama, di sini, hari ini.

Dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam di Kilometer 35 Jalan Lahad Datu-Sandakan, mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata terdahulu mangsa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang turut dinaiki seorang penumpang lelaki berumur 30 tahun, dari arah Lahad Datu.



Setiba di lokasi, katanya, Nissan Navara itu terbabas lalu memasuki lorong bertentangan dan terlanggar bahagian tepi sebuah Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun dari arah Sandakan.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan Nissan Navara terbabit berpusing, manakala Ford Ranger berkenaan pula terbabas ke sebelah kiri jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




“Pemandu serta penumpang Nissan Navara terbabit dikatakan kemudian keluar dari kenderaan mereka dan berada di tengah jalan raya.

“Namun tiba-tiba, sebuah kenderaan lain jenis Isuzu D-Max dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun dari arah Lahad Datu pula merempuh pemandu Nissan Navara yang dikatakan sedang berdiri di tengah jalan ketika itu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut, manakala mangsa lain yang terbabit dalam kejadian berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.



“Sampel darah mangsa dan penumpang serta pemandu kenderaan lain yang terbabit kemalangan itu, telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia di Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah


“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Beliau berkata, mana-mana saksi kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Inspektor Humaidi Harun, melalui talian 089-881255 atau terus ke IPD Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Pemandu maut dirempuh selepas keluar dari kenderaan terbabit kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button