Polis serbu rumah pusaka ‘port’ masak air ketum, tahan 2 lelaki, rampas 2 senapang

Polis serbu rumah pusaka ‘port’ masak air ketum, tahan 2 lelaki, rampas 2 senapang

Polis serbu rumah pusaka 'port' masak air ketum, tahan 2 lelaki, rampas 2 senapang
Antara barangan dirampas polis selepas menyerbu sebuah rumah di Kota Tinggi, termasuk air dan daun ketum, senapang angin dan peluru penabur. Foto POLIS KOTA TINGGI

KOTA TINGGI : Polis menahan dua lelaki selepas menyerbu sebuah rumah di sini dan merampas senjata api serta air ketum, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam serbuan jam 9.30 malam itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan bersama dua laras senapang angin dan 62 peluru penabur.

Polis juga, katanya, merampas 133 plastik lutsinar mengandungi air ketum dan 225 plastik lutsinar mengandungi daun ketum serta merampas peralatan untuk memproses daun berkenaan.



“Hasil siasatan, kita percaya rumah pusaka itu dijadikan tempat memasak air ketum. Nilai keseluruhan rampasan air dan daun ketum serta peralatan dianggarkan kira-kira RM6,630,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Hussin berkata, polis masih menyiasat motif suspek mempunyai senapang angin berkenaan.

“Seorang suspek ditahan reman 14 hari, seorang lagi diberi jaminan polis selepas rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.



Polis serbu rumah pusaka ‘port’ masak air ketum, tahan 2 lelaki, rampas 2 senapang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button