Euro 2024: Eriksen bangkit lupakan ‘mimpi ngeri’

Euro 2024: Eriksen bangkit lupakan ‘mimpi ngeri’

Euro 2024: Eriksen bangkit lupakan ‘mimpi ngeri’
ERIKSEN menikmati detik manis selepas meledak gol buat Denmark selepas dia melalui peristiwa hitam pada edisi lalu di England. – AFP

STUTTGART – Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen hanya mahu meraikan sepuas-puasnya jaringan dihasilkannya ketika membantu pasukan mengikat Slovenia 1-1 pada aksi Kumpulan C Euro 2024, awal pagi semalam.

Cerita kali ini cukup berbeza berbanding ketika Eriksen mengalami detik mengerikan pada kempen Euro 2020 apabila dia rebah di atas padang akibat serangan jantung ketika Denmark tewas 0-1 kepada Finland dalam aksi pembukaan menentang Finland.

“Kisah saya di kejohanan Euro kali ini cukup berbeza berbanding edisi sebelum ini. Saya berasa yakin untuk turun bermain dan itulah yang saya rasa apabila diberi peluang beraksi.



“Beraksi di pentas Euro sentiasa jadi sesuatu yang cukup istimewa. Saya tidak terfikir mampu jaringkan gol, tetapi dalam fikiran saya hanya untuk bermain bola sepak. Pastinya saya gembira apabila jaringan saya dapat bantu pasukan,” katanya.

Bagaimanapun, ia bukanlah aksi paling sempurna buat Eriksen apabila Slovenia berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan penyamaan Erik Janza.

Denmark seterusnya akan menentang England, pasukan yang tewaskan mereka pada aksi separuh akhir Euro 2020. – AGENSI

Euro 2024: Eriksen bangkit lupakan ‘mimpi ngeri’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button