FAM sedia penuhi hajat Pan-gon
FAM sedia penuhi hajat Pan-gon
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan badan induk itu akan bekerjasama rapat dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memastikan ruang buat Harimau Malaya lakukan persiapan lebih rapi.
Menjelang undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan Disember ini, FAM mengakui pengalaman lepas memberikan gambaran awal merangka persiapan lebih baik bagi memenuhi harapan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk perbaiki ranking bagi membolehkan Malaysia berada dalam balang satu.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi, berkata keutamaan sekarang harus lebih berpaksikan kepada perancangan masa depan dan bukannya meratapi perkara lepas yang menyaksikan Harimau Malaya tidak dapat layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
“Benda sudah lepas tetapi itu juga mungkin jadi pengajaran. Selepas ini FAM dan MFL akan lihat bagaimana untuk baiki persiapan akan datang.
“Kita kena ambil iktibar bagi menyiapkan pasukan yang lebih baik, lengkap dan memastikan persiapan tidak lagi terganggu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penyasaran Subsidi Diesel Yang Tersasar
- Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?
- Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah?
Berdasarkan penjadualan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ada tiga lagi tempoh rehat antarabangsa untuk tahun ini iaitu pada September hingga November dan secara keseluruhan ia akan babitkan enam slot perlawanan.
Ketika ini, Malaysia berada di tangga 138 dunia, namun kedudukan itu dijangka akan bertambah baik selepas Harimau Malaya catatkan keputusan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan menang 3-1 ke atas Taiwan.
Jika Malaysia berjaya memasuki Balang 1, mereka dapat mengelak pasukan ranking lebih tinggi seperti Syria (89), Tajikistan (92), Thailand (101), Vietnam (115), Lubnan (120) dan India (121).
FAM sedia penuhi hajat Pan-gon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.