Fauziah Nawi Tolak Watak Hantu
Pernah Berdepan Situasi Seram & Miliki Kebolehan Lihat Makhluk Ghaib
Fauziah Nawi Tolak Watak Hantu
Pelakon veteran Datuk Hajah Fauziah binti Nawi menolak sekiranya ditawarkan watak hantu atau membintangi naskhah seram.
Fauziah Nawi tolak tawaran watak hantu
Ketika ditemui OhBulan! di tayangan perdana filem Saka Perawan di Starling Mall, Fauzah Nawi akui dirinya mempunyai kebolehan melihat makhluk ghaib.
Saya tak nak lah jadi hantu, saya takut. Sebab saya boleh rasa dan nampak benda-benda macam tu. Bila kita sekali dah pegang watak hantu, nanti dah terbiasa pegang watak tu. Bila tua je jadi hantu.
Kalau saya yang jadi hantu, memang saya memang tak nak, saya takut cerita hantu. Saya jadi hantu ke, bercakap dengan hantu ke atau berpakaian macam hantu memang saya tak nak.
Bercerita dengan lebih lanjut, Fauziah Nawi berkata pernah berdepan situasi seram ketika melakukan penggambaran di sebuah hospital di ibu negara, pada suatu ketika dahulu.
Ketika itu, hospital tersebut memang tak ada orang, kosong. Masa maghrib, saya nak pergi solat tapi saya nampak ada orang. Saya ingatakan hospital tu buka waktu malam sahaja, sebab nampak orang berpakaian hospital dekat katil.
Kemudian saya nampak jururawat, tapi jururawat tu pakai pakaian seragam zaman dahulu. Dekat situ pun ada pengawal keselamatan seorang. Saya cakap dekat krew produksi yanga ada orang dekat situ, tapi diorang suruh saya diam.
Tidak terhenti di situ, kejadian seterusnya berlaku di lokasi yang sama di mana Fauziah bercakap dengan seorang individu yang menaiki motosikal namun pada keesokan harinya, krew produksi memberitahu bahawa mereka langsung tidak melihat kelibat manusia sebaliknya mendakwa pelakon veteran itu bercakap seorang diri.
Selain Fauziah Nawi, Saka Perawan turut dibintangi Yassin Senario, Azlee Senario, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.