MotoGP: Ducati yakin mampu kawal dua jaguh
MotoGP: Ducati yakin mampu kawal dua jaguh
BOLOGNA – Pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengakui bimbang dengan suasana di garaj pasukan itu musim depan selepas Marc Marquez sah menjadi pelumba dalam pasukan utama pasukan itu.
Marquez berjaya menyingkirkan dua pencabarnya, Enea Bastianini yang terpaksa berhijrah menyertai Tech3 musim depan serta pelumba Pramac Racing, Jorge Martin yang memilih ke pasukan Aprilia.
Perkara yang menjadi bualan ketika ini adalah mengenai hubungan antara Pecco yang merupakan anak didik Valentino Rossi dengan Marquez yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi bersama legenda itu ekoran insiden di Sepang pada 2015.
“Pecco sentiasa mengulangi bahawa dia berharap suasana harmoni di dalam garaj Ducati terus kekal. Dia bimbang semua itu akan hilang nanti.
“Ia juga menjadi keutamaan kami barisan pihak pengurusan. Kami tidak fikir Marc ketika ini akan mencetuskan masalah. Kami percaya mampu untuk menguruskan dua juara dunia ini dengan baik,” kata pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi
Pecco merupakan produk yang dilahirkan oleh Akademi VR46 milik Rossi menyebabkan sedikit janggal apabila berkongsi pasukan dengan pelumba yang dianggap ‘musuh’ kepada gurunya itu.
“Tugas saya ketika ini adalah untuk mengekalkan suasana hebat dalam pasukan ini. Episod Rossi dan Marquez itu sudah berlalu, ia 10 tahun lalu.
“Pemilihan Marquez berbanding Bastianini dan Martin juga dibuat atas dasar profesionalisme pasukan ini yang mementingkan prestasi pelumba demi kejayaan pasukan,” ujarnya. – AGENSI
MotoGP: Ducati yakin mampu kawal dua jaguh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.