Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah [VIDEO]

Netizen Luah Rasa Rindu – ‘Pemergian Yang Dicemburui’

Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah [VIDEO]

Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah [VIDEO]

Tindakan pelawak dan usahawan, Shuib memuat naik sepotong video memperlihatkan dirinya bersama isteri, Allahyarham penyanyi Siti Sarah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Momen di Makkah

Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah [VIDEO]



Menerusi hantaran di TikTok, Shuib mengimbas kembali momen ketika dia dan arwah bersama-sama menjejakkkan kaki di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Antara momen yang dikongsikan memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Pada ruangan kapsyen, bapa kepada empat cahaya mata ini mengucapkan salam Aidiladha buat arwah isteri tercinta.

Salam Aidil Adha, Siti Sarah Binti Raisudin. Al- fatihah.



Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa rindu terhadap pelantun lagu Kesetiaan itu.

Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa dan membacakan surah al-Fatihah kepada Siti Sarah.

Imbas kembali, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011.



Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Video

@shuibsepahtu

Salam Aidil Adha ❤️ Siti Sarah Bt Raissuddin #Alfatihah #Cinta



♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Sumber: TikTok

Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button