Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
Oleh Adam Malik
Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah
Rakyat langsung tidak dapat mengetahui apa yang ada pada isi kandungan siasatan DiRaja Kehilangan RM30 bilion wang rakyat pada FOREX akibat diperap oleh Perdana Menteri kali kedua Tun Mahathir.
Namun mungkin kali ini laporan siasatan RCI PBP , Pulau Batuan Tengah dan Tubir Selatan dapat diketahui oleh rakyat apa yang mendorong Tun Mahathiir tergesa gesa membuat keputusan untuk menandatangani serahan Pulau itu kepada Singapura.
Berkaitan teknikaliti kes , hampir semua rakyat yang membaca sudah pun maklum yakni, Malaysia sudah kalah, kos urusan kes yang tinggi, jika ada bukti baru boleh dimohon dibuka semula kes dan sebagai nya.
Namun berkenaan sebab musabab kenapa Tun Mahathir sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri kali kedua telah terburu buru melayan kehendak Singapura untuk menyerah PBP yang menjadi asas kes RCI dibuka.
Tindakan mencurigakan ini yang menjadi tujuan RCI.
Jika dilihat dari keperibadian Tun Mahathir yang selalu keras kepala, degil dan tidak suka menggalah dan konon benci Singapura, beliau sepatutnya tidak melayan , perlekehkan atau mencari alasan “delay” untuk tunduk kepada Singapura.
Tapi sebaliknya, beliau pula yang menjawab bagi pihak Singapura.
Ini yang mencuriga kan.
Beberapa minggu lalu, Tun Mahathir yang mendakwa konon nya sudah tiada lagi kebebasan bersuara telah menjemput pengamal media hadir kepejabat nya untuk dengar sidang media berkaitaan kes RCI-PBP.
Dalam kata tiada hak bersuara boleh pula buat PC?
Apa pun, mungkin beliau berharap dapat pengaruhi media dan pre-empt keputusan.
Satu lagi kepelikan Tun Mahathir adalah untuk RCI PBP beliau memohon untuk dibuka perbicaraan cara terbuka, sedangkan keputusan RCI Forex RM30 bilion beliau telah memerap keputusan dan rumusan Panel kebawah karpet.
Tiada siapa tahu akan keputusan sebenar dan kemana wang rugi disorok.
Jika keputusan nya baik tentu tidak disembunyikan laporan itu.
Apapun untuk RCI PBP yang sudah ada pada tangan YDPA yang diserah oleh Tun Raus diharap dapat dimaklumkan kepada rakyat.
Jika baik dan tiada “hanky panky” umumkan sahaja.
Dan jika benar ada kerja khianat mohon diambil tindakan segera dan lucut gelaran “Tun” atau minta gantirugi dari pihak yang bersalah.