4 sekawan larikan barang kemas Kieda Crepe akan dituduh

Oleh – Syeikh Baran


4 sekawan larikan barang kemas Kieda Crepe akan dituduh
Siti Nur Khalieda atau Kieda dan suami memuat naik video berhubung rumah mereka dipecah masuk di Pokok Sena.

Empat sekawan yang ditahan selepas dipercayai memecah masuk rumah dan melarikan barang kemas milik pempengaruh dan pengusaha dessert, Kieda Crepe di Kepala Batas pada April lalu akan dtuduh dalam masa terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan kes itu telah dilengkapkan dan masih dalam proses untuk pengadilan di mahkamah.



”Siasatan selesai, kes dalam peringkat untuk dituduh di mahkamah bagi pengadilan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sebelum ini, usahawan makanan dan juga pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa dia mengalami kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan penyamun.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya telah menjumpai barang kemas, emas dan resit pajak yang dilarikan daripada rumah usahawan tersebut dengan nilai dianggarkan RM500,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button