Barang kemas RM3.2 juta lesap dalam masa 2 minit
Oleh – Syeikh Baran
Dalam tempoh masa dua minit, empat perompak bertopeng bersenjata berjaya melarikan barang kemas bernilai RM3.2 juta dari kedai emas di sebuah pusat beli belah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.17 petang itu, empat suspek tersebut yang memakai topeng memecahkan cermin pameran dengan menggunakan tukul besi sebelum melarikan
emas dalam masa dua minit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohammad Nasir Drahman berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati nilai kerugian kedai emas terbabit dianggarkan mencecah RM3.2 juta.
“Sehingga kini, seramai tujuh saksi telah diambil keterangan dan akan ada beberapa saksi lain lagi akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Tujuh saksi termasuk kakitangan yang ada di kedai emas semasa kejadian petang semalam,” ujarnya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai empat lelaki bertopeng bersama senjata api dilaporkan menyamun kedai emas berkenaan semalam.
Suspek terus memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sambil mengambil barang kemas.
Semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan satu laras senapang ketika kejadian.
Satu das tembakan dilepaskan ke arah dinding premis sebelum mereka melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan.
Sumber – KOSMO! ONLINE.