Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

Senasib Diceraikan Suami

Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

Di tengah-tengah kemeriahan Aidiladha, dua wanita kuat yang kini berstatus ibu tunggal, Bella Astillah dan Puteri Sarah, menarik perhatian ramai dengan perkongsian momen indah mereka menyambut perayaan tersebut bersama anak-anak.

Foto-foto mereka yang penuh kasih sayang dan kebahagiaan telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dan menyentuh hati netizen.



Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

 

Puteri Sarah, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkongsi sebuah pesanan menyentuh hati yang ditujukan kepada dirinya dan Bella, yang kini senasib setelah diceraikan oleh bekas suami masing-masing. “Sama-sama kita nikmati perjalanannya,” tulis Puteri Sarah.

Bella Astillah, 30, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, juga tidak ketinggalan berkongsi foto tersebut di akaun Instagramnya, menampilkan mereka berdua bersama anak-anak, yang merupakan harta paling berharga dalam hidup mereka.



Keakraban dan kebahagiaan yang terpancar dari foto-foto tersebut jelas menunjukkan betapa kuatnya ikatan antara mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?


Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mengucapkan kata-kata semangat dan berbangga dengan kekuatan serta ketabahan dua wanita hebat ini.



Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

 

“Dua ibu independen beraya bersama dengan anak-anak mereka. Siapa perlukan lelaki kalau anda sendiri wanita yang hebat,” tulis seorang peminat, memuji ketabahan dan kemandirian Bella dan Puteri Sarah.

Namun, ada juga komen yang mencuit hati ramai apabila seorang netizen membuat perbandingan antara mentua Puteri Sarah dan Bella.



“Sama semua, tapi satu sahaja beza. Mentua Puteri Sarah bagaikan langit, mentua Bella bagaikan tanah. Jauh beza sifat,” tulisnya, mengundang gelak tawa dalam kalangan pengikut mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah bercerai talak satu dengan pengarah sensasi Syamsul Yusof pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Perpisahan tersebut mendapat perhatian meluas kerana pelbagai kontroversi yang melanda rumah tangga mereka sebelum ini.

Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

 



Sementara itu, Bella Astillah bercerai talak satu dengan penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun minggu lalu di Mahkamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan. Perkahwinan mereka turut dihiasi pelbagai cabaran, termasuk episod-episod kecurangan yang akhirnya membawa kepada perpisahan.

Meskipun melalui liku-liku kehidupan yang mencabar, Bella dan Puteri Sarah tetap teguh berdiri, menunjukkan ketabahan dan kekuatan seorang wanita.

Aidiladha tahun ini menjadi simbol permulaan baru bagi mereka, di mana mereka terus melangkah dengan penuh yakin dan positif, memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak mereka tetap menjadi keutamaan.

Bela Astillah Dan Puteri Sarah Sambut Raya Bersama Sebagai Status Ibu Tunggal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button