Dijanjikan pulangan pelaburan 400 peratus, akhirnya rugi RM185,500
Dijanjikan pulangan pelaburan 400 peratus, akhirnya rugi RM185,500
KLUANG: Pembantu pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM185,500 selepas tertarik dengan pelaburan saham di negara China yang menjaminkan pulangan hingga 400 peratus.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa yang berusia 59 tahun menemui iklan pelaburan itu di laman Facebook sebelum disambungkan ke aplikasi WhatsApp.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kluang telah terima satu laporan polis pada 16 Jun lalu, berkaitan dengan kes tipu tawaran pelaburan tidak wujud secara dalam talian di aplikasi Facebook.
“Menurut mangsa, pada 25 April lalu dia melayari satu pautan dalam Facebook dan telah disambungkan ke aplikasi WhatsApp.
“Mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek menyatakan, minatnya untuk menyertai pelaburan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
“Mangsa diberikan penerangan dan segala informasi untuk memulakan pelaburan tersebut yang hanya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bahrin berkata, bermula pada 26 April hingga 6 Jun lalu, mangsa telah membuat 13 kali transaksi pemindahan wang kepada enam akaun bank yang berbeza.
“Mangsa berasa ditipu selepas tidak menerima apa-apa keuntungan, malah diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM160,000 lagi, namun dia enggan melakukannya,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dijanjikan pulangan pelaburan 400 peratus, akhirnya rugi RM185,500
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :