Dua sahabat dituduh edar syabu, heroin

Oleh – Syeikh Baran


Dua sahabat dituduh edar syabu, heroin
Dua sahabat dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas dua pertuduhan mengedar lebih sekilogram (kg) dadah, minggu lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Dua sahabat berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar lebih sekilogram (kg) dadah, minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Eshahzril Amyzul Hussin, 38, dan Asraf Tauhid, 41, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Eshahzril dan Asraf yang masing-masing mempunyai rekod kes dadah dan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, terdapat dalam milikan kedua-dua mereka satu peket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu seberat 25.40 gram.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didapati mengedar lima paket plastik berlainan saiz berisi serbuk dan ketulan putih disyaki heroin dengan berat 1075.30 gram.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor pada pukul 1.30 pagi di Kampung Sompo Dangi, di sini, 12 Jun lalu. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Julai depan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button