Euro 2024: Bellingham selamatkan maruah England

Euro 2024: Bellingham selamatkan maruah England

Euro 2024: Bellingham selamatkan maruah England
BELLINGHAM berjaya meledak gol tunggal England ketika mereka menewaskan Serbia awal pagi semalam. – AFP

GELSENKIRCHEN – England dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Serbia pada aksi Kumpulan C Euro 2024 yang berlangsung di Veltins Arena awal pagi semalam.

Gol kemenangan menerusi jaringan Jude Bellingham seawal minit ke-13 berjaya menyelamatkan maruah skuad The Three Lions yang dianggap sebagai antara pasukan pilihan pada edisi kali ini.

Pengurus England, Gareth Southgate percaya, kesukaran yang dihadapi barisan pemainnya pada perlawanan itu mampu menjadi pengajaran berguna buat mereka menjelang perlawanan akan datang.



“Kami terpaksa berdepan keperitan pada perlawanan hari ini (semalam) tetapi saya yakin, ia akan menjadi sesuatu yang baik untuk pasukan. Saya gembira dengan cara pemain-pemain bertahan dalam kotak penalti.

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan aksi ditampilkan walaupun kami tidak mampu mengekalkan rentak di separuh masa kedua. Apa yang penting adalah kami berjaya dapatkan tiga mata,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?




Dalam pada itu, beliau juga enggan dibuai dengan jangkaan orang ramai bahawa England merupakan pasukan pilihan untuk muncul juara Euro 2024 berdasarkan senarai pemain yang dibawa.

“Saya tahu semua orang menjangkakan sesuatu daripada pasukan tetapi kami masih dalam proses untuk belajar. Selain itu, kami tidak juga tidak akan berdepan laluan mudah dan ia terbukti dengan perlawanan malam ini (semalam),” ujar Southgate. – AGENSI

Euro 2024: Bellingham selamatkan maruah England

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button