Euro 2024: Peluang Ronaldo lakar sejarah unggul

Euro 2024: Peluang Ronaldo lakar sejarah unggul

Euro 2024: Peluang Ronaldo lakar sejarah unggul
Cristiano Ronaldo

MUNICH – Juara Euro 2016, Portugal bakal memulakan kempen edisi kali ini awal pagi esok dengan misi untuk membenam Republik Czech di Red Bull Arena sekali gus mencari penamat terbaik untuk mengulangi lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan kali ini adalah mengenai kelibat kapten mereka, Cristiano Ronaldo yang masih kekal berada dalam skuad tersebut biarpun sudah berusia 39 tahun.

Prestasi cemerlangnya bersama Al Nassr di Liga Arab Saudi apabila berjaya meledak 48 gol dalam 49 penampilan dalam semua kejohanan musim ini memaksa pengendali Portugal, Roberto Martinez tidak mempunyai pilihan kecuali menyenaraikannya pada kempen kali ini.



Martinez mengakui bahawa tahap kecergasan dan keadaan fizikal Ronaldo tidak menunjukkan dirinya dimamah usia, malah yakin pemain itu mampu beraksi di peringkat tertinggi dalam keadaan yang baik.

“Apabila kita bercakap mengenai Cristiano Ronaldo, anda perlu merujuk kepada statistik. Rekod jaringannya bersama kelab menunjukkan dia masih kekal seperti Ronaldo yang kita kenal sebelum ini. Kemampuan fizikal, kecergasan dan kualiti di depan gawang sangat-sangat diperlukan oleh Portugal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?




“Saya tidak membuat penilaian berdasarkan di mana pemain itu beraksi. Saya hanya mahu membentuk sebuah pasukan terbaik dan memanggil 26 pemain untuk tujuan tersebut termasuk Ronaldo yang saya tidak pernah meragui kemampuannya,” kata Martinez.

Justeru, Kosmo! kali ini menyenaraikan beberapa rekod yang mampu dipecahkan oleh Ronaldo pada penampilannya di Euro 2024.

1- Sekiranya diturunkan sekurang-kurangnya satu perlawanan, Ronaldo bakal menjadi pemain pertama dalam sejarah yang beraksi dalam enam kempen Kejohanan Euro.

2- Sekiranya berjaya meledak sekurang-kurangnya satu gol pada kempen kali ini, Ronaldo bakal menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam enam edisi saingan tersebut.

3- Selepas berakhirnya kejohanan, 11 pemain terbaik akan dipilih sebagai untuk berada dalam Pasukan Terbaik Kejohanan. Jika Ronaldo berjaya menyertainya, dia bakal menjadi pemain pertama meraih pencapaian itu sebanyak empat kali selepas kini terikat bersama Laurent Blanc, Pepe dan Paulo Maldini.

 



4- Pemegang rekod penjaring tertua kejohanan Euro ketika ini dipegang Ivica Vastic pada usia 38 tahun 257 hari, namun Ronaldo mampu memintasnya jika dia berjaya meledak pada aksi kali ini.

5- Ronaldo hanya perlu melakukan dua lagi umpanan gol untuk muncul pengumpan paling banyak di Euro sekali gus memintas pencapaian bekas pemain Republik Czech, Karel Poborsky.

6- Selepas meraih anugerah kasut emas Euro pada edisi lalu di England dengan meledak lima gol, Ronaldo berpeluang untuk menjadi pemain pertama meraih dua anugerah itu jika berjaya melakukannya sekali lagi pada edisi ini.

7- Bekas pemain Sepanyol, Andres Iniesta berkongsi gelaran terbanyak pemain terbaik perlawanan bersama Ronaldo ketika ini dengan enam gelaran, namun kapten Portugal itu mampu memintasnya jika menerimanya sekali lagi pada kempen kali ini.



Euro 2024: Peluang Ronaldo lakar sejarah unggul

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button