Insiden tular sentuh punggung wanita, pemandu e-hailing dituduh mencabul
Insiden tular sentuh punggung wanita, pemandu e-hailing dituduh mencabul
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang rakaman video memaparkan aksinya menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lalu tular, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu di dalam kedai berkenaan pada jam 2 petang, 4 Jun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Gan Sing Gee dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah atas alasan isteri tertuduh sarat mengandung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Insiden tular sentuh punggung wanita, pemandu e-hailing dituduh mencabul
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.