Jepun rekod peningkatan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal
Jepun rekod peningkatan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal
Tokyo: Jepun mencatatkan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) melebihi 1,000 pada tahun 2024, lapor Xinhua yang memetik Institut Penyakit Berjangkit Nasional (NIID) pada Selasa.
Setakat 9 Jun, jumlah kes awal di negara ini sejak awal tahun 2024 mencecah 1,019, menurut data daripada NIID, menandakan peningkatan ketara dalam penyebaran jangkitan bakteria yang teruk ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
STSS, juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan oleh Streptokokus Kumpulan A.
Gejala awal biasanya termasuk sakit tekak, demam, hilang selera makan, cirit-birit, muntah dan masalah gastrousus lain, serta gejala septik seperti tekanan darah rendah.
Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu lembut, kegagalan pernafasan, kegagalan hati, kegagalan buah pinggang dan kegagalan pelbagai organ, dengan kadar kematian melebihi 30 peratus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
Penyebaran penyakit ini, atau “jangkitan bakteria pemakan daging” kerana keparahannya, berlaku dengan lebih cepat tahun ini. Sehingga 2 Jun, sebanyak 977 kes telah dilaporkan, melebihi jumlah keseluruhan 941 kes sepanjang tahun lepas.
STSS disebarkan terutamanya melalui titisan daripada mukosa hidung atau tekak, dan melalui sentuhan dengan luka.
Pakar memberi amaran bahawa gejala awal jangkitan bakteria ini sering disalah anggap sebagai selesema biasa, disebabkan oleh perkembangan penyakit yang cepat.
Demam panas disertai dengan kecelaruan atau kemerahan yang merebak dengan cepat di sekitar luka adalah tanda amaran yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Pakar kesihatan menggesa sesiapa yang mengalami gejala teruk ini untuk segera mendapatkan rawatan perubatan bagi mengelakkan perkembangan penyakit yang berpotensi mengancam nyawa.
Jepun rekod peningkatan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :