Kedai emas Plaza Metro Kajang dirompak

Oleh – Syeikh Baran


Kedai emas Plaza Metro Kajang dirompak
Tangkap layar keadaan kedai emas selepas dirompak penjenayah, petang tadi.

Tindakan beberapa penjenayah merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang, di sini, petang tadi, mencetuskan suasana hiruk-pikuk di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang tadi, semua suspek didakwa memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar dan jaket berlengan panjang.



Menerusi beberapa video tular di Facebook hari ini, tiga individu bertopeng bertindak memecahkan kaca kabinet paparan barang kemas dengan beberapa bilah kapak yang dibawa mereka.

Suspek terlibat dilihat hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk merompak premis berkenaan.

Dalam perkongsian video lain, seorang lelaki didapati berlumuran darah sambil dibantu beberapa individu di tempat kejadian.

Sehubungan itu, Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan serta kenyataan lengkap dari Ibu Pejabat Daerah Kajang berhubung kejadian ini.



Berita lanjut menyusul.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button