Kedai jual ABC antara empat kedai musnah terbakar
Kedai jual ABC antara empat kedai musnah terbakar
KUALA LUMPUR: Sederet empat kedai termasuk sebuah kedai menjual air batu campur (ABC) di Bandar Baru Selayang, Gombak dekat sini, musnah dalam kebakaran, sebentar tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan pada jam 7.54 malam dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Operasi turut dibantu pasukan dari BBP Rawang, Sentul dan Jinjang dengan pasukan pertama dari BBP Selayang tiba di lokasi pada jam 8.04 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail, berkata kebakaran membabitkan deretan kedai bangunan kelas C.
“Kebakaran membabitkan empat kedai berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu unit kedai.
“Anggota bomba masih di lokasi untuk mengawal kebakaran dan memadamkan api sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa.
Kedai jual ABC antara empat kedai musnah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.