Lelaki diserang sawan rempuh tembok kubur

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki diserang sawan rempuh tembok kubur
Kereta yang dipandu mangsa terbabas masuk ke kawasan tanah perkuburan di Jalan Kedah, semalam.

Akibat diserang sawan ketika memandu, seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok tanah perkuburan di Jalan Kedah, Kepala Batas di sini semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.45 petang ketika lelaki berusia 37 tahun selesai beraya di Permatang Haji Hassan.



“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permatang Tinggi A dan setibanya di lampu isyarat Jalan Kedah, dia diserang penyakit sawan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terbabas dan melanggar tembok kubur Jalan Kedah sebelum memasuki kawasan tanah perkuburan.

“Mangsa yang mengalami kesakitan pada bahagian rusuk dihantar ke Hospital kepala Batas (HKB) untuk rawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian itu tular di laman Facebook Komuniti Kepala Batas dan Bertam Kini telah mendapat pelbagai respon dalam kalangan netizen.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button