Mayat mangsa bot karam Belaga ditemui, seorang masih hilang

Oleh – Syeikh Baran


Mayat mangsa bot karam Belaga ditemui, seorang masih hilang
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

Mayat lelaki yang hilang dalam tragedi bot karam di Jeram Menjawah, berhampiran Rumah Panjang (Rh) Apan Long Menjawah di sini ditemukan terapung hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Balavishnu Permaloo, 36, dijumpai kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.



“Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian. Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa ke tebing sungai dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa iaitu Rhuban Apparoo, 30, masih diteruskan pada hari kedua hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.33 petang kelmarin, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kedah dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka bersama tiga yang lain karam akibat arus deras di Jeram Menjawah.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button