Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?

Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi
Gambar Hiasan

Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?

 

Proses indoktrinasi rakyat sesebuah negara tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Apa lagi sekiranya sudah sekian lama tertanam di minda rakyat ideologi yang hendak diterapkan itu adalah sesuatu yang sangat bahaya dan mesti dimusuhi.

Namun begitu, dengan usaha yang tersusun dan berterusan, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.



Institusi pendidikan sering menjadi sasaran utama proses indoktrinasi rakyat tempatan dengan ideologi yang hendak disebarkan.

Kita mengambil contoh bagaimana proses indoktrinasi ideologi Al Qaeda yang berpusat di Afghanistan berjaya disebarkan ke Indonesia dan kemudiannya disebarkan di Malaysia.

Abu Bakar Ba’asyir adalah seorang ustaz yang berasal dari Indonesia.

Beliau adalah pengasas Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.



Abu Bakar Ba’asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta pengasas Pondok Pesantren Islam Al Mu’min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.

Beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia.

Setelah rayuan, hukuman itu diringankan menjadi 15 tahun sahaja dan dikenakan tahanan dalam rumah sahaja.

1982 Abu Bakar Ba’asyir ambil kesempatan itu melarikan diri ke Malaysia.



Beliau menetap di beberapa tempat di Johor dan di Kampung Sungai Manggis , Banting , Selangor.

Ketika di Johor beliau telah menubuhkan dengan Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor.

Di waktu yang sama beliau telah menubuhkan Jemaah Islamiyah di Johor yang kemudiannya berjaya menyerap masuh ke Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor.

Ketika itulah beliau berjaya mempengaruhi Dr Azahari Husin yang dikenali sebagai Demoliyion Man ketika menjadi pensyarah di universiti tersebut.



Dr Azahari kemudiannya telah berjaya merekrut beberapa mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Apa yang terjadi selepas itu telah mencoretkan arang kepada nama baik Malaysia di mata dunia.

Walau pun pihak polis telah mengharamkan kumpulan Jemaah Islamiyah, pastikah kita ideologi yang telah ditanam itu berkubur dengan pengharaman kumpulan itu?

Jangan Buka Ruang Kepada Ideologi Zionis Bertapak Dalam Negara

 



Kita dikejutkan dengan pengumuman kerajaan untuk mengambil sukarelawan dari Singapura untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia.

Sinar Harian melapurkan kerajaan bercadang untuk membawa tenaga pengajar Bahasa Inggeris ke Malaysia untuk mengatasi kekurangan di Malaysia.

Selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak, perdana menteri berkata yang dimaksudkan tenaga pengajar sebenarnya adalah sukarelawan.

Pada pandangan penulis, sama ada ianya bernama sukarelawan atau pun tenaga pengajar, keputusan tersebut adalah sangat tidak bijak dan sangat berisiko.



Sukarelawan yang akan di bawa masuk, sudah pasti akan pergi ke setiap inci bumi di Malaysia.

Mereka bukan sahaja akan mengajar anak-anak kita, tetapi mereka juga akan bergaul dengan rakyat tempatan.

Singapura sebagaimana yang kita ketahui mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Israel sejak tahun 1969.

Israel juga mempunyai pejabat kedutaan mereka di Singapura.

Hubungan baik antara Singapura dengan Israel bukan hanya terikat kepada hubungan diplomatik, malah juga strategi ketenteraan.

Tidakkah dengan membawa masuk sukarelawan dari Singapura akan membuka ruang yang cukup luas untuk MOSSAD menyebarkan ideologi mereka?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penahanan seorang warga Israel yang dipercayai agen MOSSAD di ibu negara.

Pada tahun 2018, tular berita salah satu dari parti komponen kerajaan sekarang didakwa menerima dana pilihanraya sebanyak RM1.2 bilion dari Israel.

Malah didakwa, mereka berjanji sekiranya memenangi PRU 13, Port Dickson akan dijadikan pengkalan tentera Israel di rantau ini.

Mereka menafikannya melalui kenyataan media, tetapi hingga hari ini tidak ada tindakan undang-undang telah diambil kepada pihak yang membuat dakwaan tersebut.

Bukan penulis mahu menuduh atau mengkaitkan mana-mana pemimpin atau parti politik dengan Zionis Israel.

Tetapi timbul persoalan kepada penulis, apakah ada agenda tersembunyi di sebalik keputusan membawa masuk sukarelawan dari Singapura?

Apakah graduan TESL dari IPTA dan IPTS kita tidak berkualiti?

 

Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button