Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Baru-baru ini, perdana menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan telah menetapkan penurunan harga telur bagi setiap gred sebanyak 3 sen.
Menurut Anwar, kajian mendapati telur paling banyak dimakan oleh keluarga di Malaysia.
Terutamanya isi rumah berpendapatan rendah yang boleh mengambil kira-kira empat biji telur sehari.
“Kita panggil syarikat-syarikat ini, bincang, berapa untung sebulan.”
“Beritahu sekian tak boleh kurang sikit untung, bukan rugi, (minta) kurang sikit untung supaya kurangkan beban.”
“Itulah saya umumkan semalam turun harga telur sebab telur ini paling banyak dimakan oleh rakyat rakyat di bawah,” jelas beliau ketika berucap di majlis Korban Perdana di Bukit Mertajam.
Sebagai rakyat, sudah tentu kita semua menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Anwar.
Sama ada kita akui atau tidak, ianya pasti akan meringankan sedikit beban, terutamanya kepada peniaga makanan.
Tetapi sebagaimana biasa, pengumuman perdana menteri mendapat respon yang negatif dari pemimpin pembangkang, Perikatan Nasional.
Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, dengan nada sindiran berkata terima kasih kerana turunkan harga telur sebanyak 3 sen.
Dalam kenyataan yang sama beliau kononnya hampa kerana kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion.
Ianya yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi diumumkan.
Manakala Wan Ahmad Fahysal (Perikatan Nasional) pula menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai lawak.
Beliau menyindir, mengapakah pengumuman penurunan harga telur itu perlu dibuat oleh perdana menteri sendiri.
Bukankah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, boleh mengumumkannya.
Penulis bukan penyokong Perikatan Nasional, apa lagi penyokong kepada Ahmad Fahysal.
Tetapi ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh Ahmad Fahysal.
Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pernah dikecam hebat ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub (Allahyarham) membuat sidang media mengumumkan penurunan harga telur.
Apakah Anwar tidak mengambil pengajaran?
Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Di Syorkan Untuk Anda:
- LFL Cuba Lindungi Penjenayah Dengan Bertopengkan Hak Asasi?
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat