Pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama

Pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama

Pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Skuad Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memotong dan mengalihkan batang pokok yang tumbang di simpang masuk Jalan Bernama jam 9.15 malam ini. -BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebatang pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama di sini, pada jam 9.15 malam ini.

Menurut saksi kejadian iaitu pengawal keselamatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Zikri Rohaizad, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat ketika bertugas di pos kawalannya.

“Apabila dengar bunyi itu, saya terus bergegas memeriksa kawasan sekitar dan mendapati sebatang pokok tumbang dalam keadaan melintang serta menghalang laluan keluar masuk di Jalan Bernama.



“Terdapat beberapa kenderaan tersekat namun mujur tiada kenderaan yang dihempap pokok berkenaan,” katanya.

Tinjauan BERNAMA di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca baik dan tidak hujan.


Anggota Angkatan Pertahanan Awam yang tiba pada 9.28 malam, mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kenderaan melalui jalan itu seperti biasa.– BERNAMA

Pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button