Program ekonomi lima tahun Malaysia-China akan dimeterai – Tengku Zafrul
Program ekonomi lima tahun Malaysia-China akan dimeterai – Tengku Zafrul
Shah Alam: Program Lima Tahun bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kedua-dua negara telah bersetuju untuk melaksanakan pusingan kedua Program Lima Tahun Malaysia-China bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan yang akan memperkukuh hubungan antara industri dalam sektor utama seperti pembuatan peringkat tinggi dan ekonomi digital.
Tengku Zafrul berkata program itu juga akan mengeratkan lagi kerjasama dalam robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat pemula niaga, serta penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian dan industri utama.
Selain kerjasama ekonomi dan perdagangan, dua memorandum persefahaman (MoU) kerajaan kepada kerajaan dijangka dimeterai semasa lawatan itu, merangkumi MoU mengenai pengukuhan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital serta MoU berkaitan usaha menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau.
“MoU ini akan menetapkan hala tuju syarikat dari Malaysia dan China mengenai peluang pelaburan dan perniagaan dalam pelbagai sektor,” katanya semasa melancarkan kilang pemasangan Chery Malaysia di sini, pada Selasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun.
Lawatan beliau juga adalah sempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
“Bagi Malaysia, ulang tahun ke-50 bukan sekadar meraikan sebuah pencapaian malah juga titik penting untuk melakarkan masa depan kerjasama ekonomi kita yang menumpukan pembangunan negara dan serantau,” katanya.
Tengku Zafrul berkata berdasarkan tonggak ekonomi itu, kira-kira 60 program akan dijalankan sama ada di Malaysia atau China, diterajui pelbagai agensi kerajaan, komuniti perniagaan dan badan pemikir.
Program anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) termasuk Invest Malaysia akan diadakan pada September 2024 manakala Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 pula pada Disember 2024.
Beliau juga berkata hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin erat sejak 2009 dan perdagangan Malaysia dengan China membentuk 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia, bernilai US$98.80 bilion atau RM450.84 bilion.
Bagi tempoh 1980 hingga 2023, sebanyak 497 projek pembuatan disertai China bernilai US$18.5 bilion (RM74.2 bilion) telah dilaksanakan, mewujudkan lebih 82,000 peluang kerja bagi rakyat Malaysia.
Mengenai Chery Malaysia, Tengku Zafrul berkata pembuat kereta China itu komited dengan pelaburan sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas, yang menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 di samping menekankan keyakinan Chery terhadap potensi dasar negara selain memupuk pertumbuhan dalam sektor automotif.
Program ekonomi lima tahun Malaysia-China akan dimeterai – Tengku Zafrul
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :