Ranking dunia Zii Jia terus melonjak

Ranking dunia Zii Jia terus melonjak

Ranking dunia Zii Jia terus melonjak
ZII JIA melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dunia selepas merangkul kejuaraan di Terbuka Australia Ahad lalu. – AFP

KUALA LUMPUR – Aksi konsisten ditampilkan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini membuahkan hasil apabila ranking dunianya melonjak naik.

Dia yang sebelum ini menghuni ranking kelapan dunia naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney kelmarin.

Hasil kemenangan yang diraih pada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu menyaksikan Zii Jia mengumpul 78,816 mata bagi memintas kedudukan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Perkembangan terbaharu itu pastinya menjadi kelebihan buat Zii Jia bagi mendapatkan undian lebih mudah menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.



Sebagai rekod, bekas juara Asia dan All England itu sudah merangkul dua gelaran musim ini termasuk Terbuka Australia serta Terbuka Thailand di Bangkok, pertengahan Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Ranking dunia Zii Jia terus melonjak

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button