Suspek tikam leher ibu dengan gunting direman tujuh hari

Oleh – Syeikh Baran


Suspek tikam leher ibu dengan gunting direman tujuh hari
Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang bertindak menikam ibunya dengan menggunakan gunting sehingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Relau di sini, semalam ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 40-an itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



“Punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan polis,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau lagi, siasatan polis ditempat kejadian turut menemui ubat milik mangsa yang baru mendapatkan rawatan psikiatri pada 14 Jun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button