Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal
Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal
SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menahan sakit hampir sejam apabila jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada celahan gegancu (spoket) basikal di hadapan rumahnya di Kampung Baru, Jalan Chemara, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.07 malam.
Beliau berkata, menurut ibu mangsa, ketika kejadian anaknya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka dan cuba membetulkan gear hadapan basikal itu sebelum tersepit pada gegancu basikal berkenaan.
“Pada mulanya mereka cuba menggunakan minyak masak dan gamat untuk cuba mengeluarkan jari mangsa namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba.
“Sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabry bersama enam anggota tiba di lokasi melakukan operasi untuk menanggalkan jari kanak-kanak lelaki itu dengan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa kira-kira lima minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Kata Rakyat Marah, Harga Diesel Tinggi Kami Tetap Hepi (Video)
- Apa Nasib 7 Wakil Rakyat PPBM Yang Di Tuduh Pengkhianat
- BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden
“Jari kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
- Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :