Tak balik raya demi ‘anak bulus’ jalanan

Oleh – Syeikh Baran


Tak balik raya demi ‘anak bulus’ jalanan
Gambar yang dimuat naik @kyril_graguks di aplikasi X memaparkan beberapa ekor kucing jalanan yang dijaganya semasa cuti Hari Raya Aidiladha.

Seorang lelaki sanggup mengorbankan hasratnya untuk pulang ke kampung halaman bersempena Hari Raya Aidiladha demi menjaga kebajikan ‘anak bulus’ jalanan yang kelaparan.

Menerusi perkongsian seorang aktivis haiwan jalanan @kyril_graguks di laman X, dia terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung demi kucing jalanan merupakan satu bentuk ‘korban’ buat dirinya bersempena Aidiladha kali ini.



“Setiap tahun korban raya saya adalah beraya sorang-sorang bersama ‘anak-anak’ jalanan. Tak sampai hati membiarkan mereka menanti saya demi makanan. Jadi keluarga semua balik kampung.

“Pengorbanan untuk menguruskan mereka di jalanan, di rumah dan mini shelter (tempat perlindungan sementara). Salam Aidiladha buat anda dan keluarga tersayang,” katanya.

Ciapannya tersebut bukan sahaja menarik perhatian orang ramai yang berterima kasih atas tindakan murninya, malah ada juga turut berkongsi kisah sama sebagai seorang ‘penjaga’ kucing jalanan.

“Selamat hari raya Aidiladha. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah atas pengorbanan menjaga anak-anak bulus di jalanan,” komen seorang pengguna.



“Salam Aidiladha, sama dengan bapa saya yang feeder (pemberi makan). Dah lebih lima tahun tak balik kampung sebab tak sanggup biarkan anak-anak jalanannya. Lagipun dia seorang saja yang boleh bagi makan dan suap kucing-kucing tu,” kata pengguna yang lain.

“Eh bagus juga idea bagi makan kepada kucing jalanan semasa cuti raya ini, esok boleh pergi dekat taman yang selalu jogging, kucing-kucing tu mungkin tak makan lagi memandangkan tiada orang,” ujar seorang pengguna.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button